Wednesday 21 November 2012

Peti Besi @ MAHA12

Tepat jam 4.15pm Safe Box  Peti besi Keselamatan MODEL LS4, selamat di turunkan dari lori dan di usung masuk. Berat Peti besi yang mencecah hampir 200kg memaksa 3 tenaga anak muda di gembeling untuk menurunkan, mengangkat dan meletakkan di tempat yang di minta pelanggan. aku rasa bukan calang-calang orang boleh melakukan kerja yang memang berat ni...
Setelah sesi penerangan dan cara penggunaan, safe ni dah sedia berkhidmat untuk tuan baru.
Terima kasih kerana mempercayai kami.
Sesi Penerangan dan cara penggunaan

Sunday 18 November 2012

KERJA SERVIS BEYOND WATER DI PUTRAJAYA

Kerja mengganti Tapak beyond Water yang bocor, mengganti Diverter set, mengganti Tiubing biru dan servis..
Tiub Unit beyond water di ganti dengan tiub putih oleh pengguna..

Base yang bocor akibat pengubahsuaian tanpa tauliah

Keladak kotor yang melekat di penapis  ceramik Ultra1
 Alhamdulillah kerja dapat di selesaikan dalam jangka masa yg di tetapkan.. dan pelanggan amat berpuashati dengan hasil kerja kami.. Terima kasih kerana mempercayai dan memberi kami peluang.
Ada kalanya pengguna Beyond Water menggantikan tiub asal yang berwarna biru dengan tiub lain yg boleh di beli di kedai hardware.. Awas.. tiub beyond water merupakan tiub khas untuk air minuman dan tidak bertoksik... Jangan gantikan dengan tiub biasa yang bertoksik..

Menukar Filter fiber 10"

Menukar Filter fiber

Sg Kantan:    Haji M..... sudah memasang filter bebenang (filter yg dipasang di meter paip) Masaalah beliau adalah beliau tiada masa (mungkin jugak tak tahu) untuk mengganti filter tersebut... Jadi dengan senanghatinya saya bersetuju untuk menggantikan filter bebenang tersebut secara berjadual iaitu sebulan 2 kali....                  seronok betul  Haji M.....kerana ada orang tolong selesaikan masaalah beliau..
                     Kekadang kita rasakan perkara itu remeh tapi besar kesannya pada orang lain...

Thursday 1 November 2012

Kota Damansara

Kerja Servis unit beyond water rumah pelanggan di Kota Damansara, Kuala Lumpur. Unit Beyond Water ini telah di pasang dan digunakan sejak beberapa tahun yang lalu, kerja penyelengaraan (servis) perlu dilakukan untuk menjamin kualiti air yang akan di gunakan.